Sejarah Sekolah

SMK BANDAR BANTING telah ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dan memulakan sesi persekolahan pada 4 Januari 2001. Pada mulanya sekolah ini menumpang di SK Kanchong Tengah dengan 19 orang guru dibantu 3 orang anggota sokongan. Bilangan pelajar hanyalah seramai 115 orang sahaja.

Sekolah ini dibina bagi menampung pelajar-pelajar dari Kg Endah, Kg Tali Air, Sg Kelambu, Sg Lang, Kg Kanchong Tengah dan Kg Kanchong Darat. Pada 9 Jun 2003 sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang serba indah di lokasi sekarang yang terletak di Persiaran Majlis, Banting.

Misi Sekolah

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Visi Sekolah

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera